Fahad Al-Muwallad
Fahad Al-Muwallad

Fahad Al-Muwallad

Fahad Mosa'ed Al-Muwallad (Arab: فهد المولدcode: ar is deprecated , lahir 14 September 1994) ialah pemain bola sepak profesional Arab Saudi yang kini bermain sebagai sayap serang bagi Al-Shabab.Dia memulakan kerjaya profesionalnya dengan Al-Ittihad ketika dia baru berusia 16 tahun. Pada tarikh 31 Julai 2011 dia berjaya menjaringkan gol kedua bagi Arab Saudi menentang Croatia dalam perlawanan Piala Dunia B-20 2011 di Colombia. Ketika itu usianya masih 16 tahun.[3][4] Pada 2012 ketika bermain bagi Al-Ittihad, dia memasuki perlawanan sebagai pemain gantian dalam 10 minit terakhir dan menjaringkan gol kemenangan menentang Guangzhou Evergrande FC bagi melayakkan diri bersama pasukannya mara ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara AFC. Bersama Arab Saudi, dia menjaringkan gol kemenangan menentang China dalam kelayakan Piala Asia. Selain itu dan penampilan perlawanannya yang paling mengagumkan ialah semasa menjaringkan gol yang menghantar Arab Saudi ke Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, serta menjadi salah seorang pemain Asia paling mahsyur pada dekad 2010an.